Assalamualaikum,
kali ni aku nak share cerita aku ke India lagi. Yes lagi. Buat kali ke 4
ke India. Hahaa..... Tapi untuk kali ni aku ke Kashmir. Trip ni aku
pergi seramai 6 orang. 4 perempuan dan 2 lelaki termasuk aku.
Alhamdulillah dorang ni travelmates yang boleh dibawa berbincang dan tak
buat perangai. Cuma satu je perangai dorang yang tak boleh dibendung,
perangai suka shopping. Setiap kedai yang singgah mesti nak shopping.
Walaupun dah cuba patahkan semangat dorang dengan hasutan-hasutan, tapi
still akan beli at least satu benda setiap kali keluar dari kedai.
Kashmir
ni bukanlah tempat asing sangat buat rakyat Malaysia sebab aku tengok
dah bersepah orang share pasal Kashmir kat facebook. Actually sejak dari
aku study sana lagi dah plan nak pergi Kashmir tapi masa tu tak jadi
sebab kitorang nak cover tempat lain yang lagi dekat. Trip kali ni aku
pergi ke Delhi dulu kemudian baru ke Kashmir sebab plan asal ingat nak
ke Taj Mahal, Agra tapi last minute tukar plan. Lagipon aku dah dua kali
ke Taj Mahal. Hahaha..... Bagi aku tempat kat India ni cukup la pergi
sekali walau lawa cam mana pon. Tambah-tambah Delhi. Dah la tak lawa,
serabut plak tu. No more Delhi lepas ni. Serius serabut nampus. Kotor
pulak tu. Kotor yang tak dapat nak gambarkan. Pastu orang kat sini suka
amik kesempatan. Keje nak menipu orang je. Of course la ade je yang
baik.
Kitorang
stay kat Delhi selama 2 malam. Kalau boleh korang amik je terus flight
direct ke Srinagar, Kashmir. Unless kalau korang plan nak ke Taj Mahal.
Kat Delhi ni adelah a few tempat yang kitorang singgah iaitu Qutub
Minar, Jama' Masjid, Connaught Place dan Red Fort. Semua tempat ni ak
dah pernah pergi kecuali Qutub Minar. Sekarang semua tiket masuk segala
monumen kat India dah naik harga termasuk Taj Mahal. Masa aku pergi dulu
xde la mahal sangat. Tiket masuk Qutub Minar dan Red Fort ialah Rs600
untuk foreigner dan Rs45 untuk local.
Jamak Masjid, Old Delhi. |
Okay
la. Aku malas nak cerita sangat pasal Delhi ni sebab dulu dah banyak
cerita. Let's proceed dengan Kashmir. Sebelum aku sampai Kashmir, aku
bayangkan Kashmir ni typical macam tempat kat India yang lain except
geologi kat sana yg bergunung ganang. Tapi sangkaan aku memang jauh
tersasar. Kashmir memang bersih giler dan orang kat sini memang semua
baik-baik. Dalam banyak-banyak tempat aku pernah pergi kat India,
Kashmir aku letak paling atas sebagai tempat yang patut korang lawati.
TERBAIK!
Plan
asal kat sini sebenarnya aku nak main redah je sebab aku baca-baca
sebelum ni ade je yang redah tanpa agen. Benda ni memang possible je nak
buat sebab aku dah siap PM orang yang pergi sendiri tanpa agen tu.
Banyak jugak yang dorang share. Tapi disebabkan trip aku ni ade
perempuan yang lemah lembut sopan santun pilihan mak-mak mertua, so aku
decide untuk sewa transport sekali driver. Hotel dan makanan kitorang
uruskan sendiri tanpa amik full package. Penginapan kitorang dah booked
awal thru airbnb. Kitorang sewa rumah 4 bilik yang cantik giler. Nama
sebenar rumah ni ialah Ashia Hotel tapi kat airbnb die letak Colonial
Heritage bungalow. Rumah ni rumah warisan ala-ala zaman british dulu dan
sebelah rumah ade garden yang dipenuhi pokok epal. Rumah ni xde la
mahal sangat sebab seingat aku sorang cuma RM200 lebih je untuk 5 malam.
Cumanya rumah dia ni xde kitchen so kalau nak makan kena order atau ko
masak sendiri je guna periuk yg bawak sendiri jgak. Haha....
1st
day, masa sampai di airport Srinagar, driver dah siap tunggu. Masa nak
keluar airport jangan lupa isi form utk foreigner registration. Form ni
kena isi 2 kali, satu masa arrival dan satu masa departure. Keluar je
airport terus ke kereta, masa ni ade 2 orang local tlg angkatkan beg
kitorang. Aku ingat kawan si driver tu. Ruapanya orang tempatan mana
ntah. Lepas masukan beg dalam kereta dorang pon mintak tips. So kalau ko
xde duit kecik, better ko tolak je kalau ade orang nak offer angkat
beg. Driver kitorang ni nama Sameer. Baik dia ni cumanya kurang bercakap
dan muka serius semacam je. Bercakap pon macam ala-ala robot. Sepatah
dua patah je. Stress aku. Hahaa.... Aku rasa sbb die ni memang keje
driver je bukan tourist guide, so die x pandai sangat nak melayan. Yang
die paling kerap cakap, "That's Masjid", "This's Syiah's Area."
Hahaha.... Kat Kashmir ni 99% adalah beragama Islam tapi 70% adalah
Sunni dan selebihnya ialah Syiah.
Dari
airport nak ke rumah sewa kitorang amik masa dalam 40 minute jgak.
Lepas je check in dan lunch di Boulevard Avenue Restaurant ktorang terus
gerak ke tempat lawatan pertama iaiatu Pari Mahal. Pari Mahal ni ialah
salah satu Mughal Garden yang terletak atas bukit so dari sini boleh
nampak permandangan seluruh Dal Lake. Hari pertama ni seronok la singgah
garden ni, lepas tu rasa menyampah plak dengar pergi garden seba total
semua garden kitorang pergi ialah empat. Ade lagi yg driver nak bawak
tapi kitorang dah tak nak pergi sebabnya garden dorang ni nampak lebih
kurang je. Lepas Pari Mahal, singgah lagi satu garden. Ape nama ntah
garden ni. Satu laluan nak ke Pari Mahal jugak. Kalau mat or mek bunga
suka la kot datang garden ni sebab penuh ngan pokok bunga. Tiket masuk
untuk ke semua garden ni ialah RS24 termasuk GST.
Lepas
ke dua garden ni kitorang ke Old City. Kat sini singgah nak solat
sebernarnya tapi driver pergi bawak rumah orang yang jual kain. Siot
tol. Hahaa... Sebab driver cakap perempuan tak boleh sembahyang kat
masjid. Masjid kat sini hanya untuk lelaki je. Aku tak tahu la betul ke
tak. So 1st day geng perempuan ni dah habis banyak duit sebab shopping.
Dah la barang kat sini mahal compare ngan tempat lain. Lepas ke sini
kitorang mintak ke Dal Lake untuk naik Shikara. Masa ni dah sunset so
view memang cantik. Driver kitorang cakap kat sini kalau nak beli
ape-ape mintak diskaun sampai 50% less dari harga yang dorang offer or 3
kali ganda pon okay sebenarnya. Normal price untuk Shikara ni ialah
less than Rs1000. Kitorang nego sampai dapat Rs500 je. Tapi kena buat
drama tamil sikit la. Hahaa.... Seronok la jugak naik Shikara ni tapi
tak best sebab time ni dah nak malam so nyamuk banyak giler. Dan masa
tengah seronok layan view kiri kanan nanti akan ade boat-boat kecik
datang jual barang i.e. Saffron, makanan, rojak, kain dll. Dan dorang
akan singgah a few tempat tapi kitorang request xnak singgah mana sebab
dah nak malam. Lepas dah naik Shikara ni kitorang terus balik.
Hari
ke dua kitorang ke Pahalgam. Otw nak kesini korang akan lalu kat ladang
saffron, ladang apple dan ladang walnut. Kitorang singgah di kedai jual
Saffron kejap untuk minum Kehwa lepas tu proceed ke Pahalgram terus.
Ladang apple pon kitorang tak singgah sebab sebelah rumah kitorang pon
bersepah pokok apple. Nak makan just petik je. Owner pon tak kisah
sangat sebab buah dah banyak sangat. Kalau nak beli tepi jalan pon satu
kilo Rs40 je lebih kurang RM2.40. Kalau peak season boleh dapat Rs10 je
utk sekilo. View kat Pahalgam ni memang superb lawa. Kat sini la orang
cakap Mini Switzerland tu. Perjalanan nak ke Pahalgam ni ialah 90km amik
masa lebih kurang 3 jam sehala termasuk behenti kat kedai tu. Sampai
kat Pahalgam ni driver betul-betul berhenti kat tempat nak naik pony. So
nanti owner pony ni akan datang approach. Kalau tengok pada banner
dorang letak kat situ, harga untuk aktiviti pony ride ni ialah RS7000
tapi actually harga boleh dapat Rs1200 ke Rs1300 je kalau pandai nego.
Ramai rakyat Malaysia yang datang sini kena caj Rs1500 ke Rs2000.
Kitorang dapat Rs1300 je lepas buat drama tamil lagi skali. Hahaa....
Kat India ni memang hidup kena penuh dengan drama.
Tips
nak dapat pony murah kat sini ialah, masa nak nego tu korang cakap
macam ni. "Asal mahal sangat? Kawan kitorang baru je datang minggu lepas
kena caj Rs1000 je." Walaupun sebenarnya ko spesis kera sumbang yg xde
kawan pon pernah dtg Kashmir. Hahaa... Lepas tu buat la tatktik mcm tak
berminat. Nanti dorang akan pujuk sampai jadi. Hahaa.... Jangan buat
muka macam korang desperate sangat. Buat acah-acah je. Mula-mula dorang
offer Rs3500 kononnya dah diskaun 50%. Haha.... Total pony ride kat sini
lebih kurang 4 jam termasuk berhenti kat few check points. Sakit
pungkok baq hang. Total semua skali check point ada 6. 1st CP ialah
Dabyan. Sini kawasan lapang berbatu-batu. Sini just stop utk amik gambar
je. 2nd CP ialah waterfall. Sini boleh turun sampai ke air terjun. 3rd
CP Kanimarg yg boleh tengok Pahalgam Valley. Kat sini view plg lawa aku
rasa dan ada satu kawasan lapang yang korang boleh lepak dan picnic.
Kitorang siap tapau makanan dari hotel dan makan kat sini. 4th CP aku
lupa nama apa tapi sini la rumah budak nama Munni dalam citer Baijrangi
Bhaijan. Tapi rumah tu dah dirobohkan lepas tamat pergambaran filem tu.
5th CP ialah Mini New Zealand atau Baisaran. Nak masuk sini kena bayar
Rs30. Tapi disebakan kitorang dah sakit bontot, kitorang tak masuk sini.
Last CP pon aku lpa apa nama. Just brenti amik gambar kejap pastu blah.
Otw nak g rumah Munni, Baijrangi Bhaijan |
Dah
settle pony ride kitorang terus balik sebab sakit giler bontot. Sampai
srinagar kitorang berenti dinner kejap pastu terus balik. Dinner malam
ni kitorag makan di Mughal Restaurant tapi makanan kat sini masin giler.
Bukan satu masakan, semua masakan masin. Kitorang tapau bawak balik sbb
tak habis makan. Kedai yang kitorang makan 1st day tu paling best dan 3
hari berikutnya kitorang request nak makan kedai tu je. Sebelum balik
hotel kitorang singgah kedai runcit dulu untuk tapau makanan utk buat
breakfast dan tapau utk makan tgh hari esok.
Next
day kitorang ke Sonamrg pulak. Dari Srinagar ke Sonamarg lebih krg
80km. View kat Srinagar ni xde la menarik sangat, tapi bila ko lepas je
satu jambatan pendek yang satu lorong tu nanti korang akan terpukau
tengok view yang lawa giler. Sepanjang jalan lepas jambatan ni memang
cantik ya amat. Dalam banyak-banyak tempat yang kitorang singgah kat
Kashmir ni, aku letak Sonamarg paling atas as tempat yang paling cantik
yang patut singgah.
Kat
sini, korang ade 3 options utk jalan-jalan kat sini. 1st option korang
boleh naik kereta. Caj untk kereta ni aku tak sure sebab ak tak pergi
survey. Laluan utk kereta ni paling famous ialah dorang akan singgah di
Zero Point. Aku tak sure ape yg cantik sangat pasal zero point ni tapi
driver duk sebut-sebut pasal tempat ni. 2nd Option ialah pony ride. Pony
ride kat sini rate dalam Rs1000 ke Rs2000. Laluan x sama ngan kereta
sebab pony akan guna laluan yg mendaki dan last CP ialah Thajiwas
Glacier. Last option ialah jalan kaki atau hiking. Kitorang amik pilihan
ke-3 sebab sakit bontot semalam tak hilang lagi. Total kena jalan kaki
ialah 14km untuk sampai ke Thajiwas Glacier.
Masa
nak mendaki ni akan ade ramai giler owner pony ni utk ajak naik pony
dorang tapi kitorang tolak dengan alasan "We are against animal abuse".
Padahal semalam baru je naik pony. Hahaha..... Tapi kitorang ade amik
jugak satu pony dari pak cik ni sebab kesian die sorang-sorang duk
follow kitorang dari bawah. Dia caj Rs400 je. So sape yg penat kitorang
suruh naik pony. Sonamarg ni boleh la nak medaki tapi kalau Pahalgam
korang jangan buat giler sebab track pony ni bnyak medaki dan masuk
hutan. Kalau sesat nanti tak balik Malaysia. Haha....
Sonamarg |
Kalau
korang datang sini ngan geng-geng yg fit, aku sarankan korang jalan
kaki je sebab view sepanjang jalan tu memang tak mengsia-siakan. Sebab
kalau naik pony memang tak dapat nak amik gambar sangat sebab
terhuyung-hayang nak balance badan. Belum lagi bila kuda tu lari. Rasa
mcm nak cramp bontot.
Pony ride at Sonamrg |
Atas
ni ialah kuda Pak Cik Saddiq yg kitorang amik tu. Bagus pak cik ni.
Pandai die jaga kuda dia. Siap cium lagi. Aku syak die ni xde group kot,
so die target geng-geg yg penat nak medaki. Tapi harga yg dia offer ni
xde la mahal sangat. Dan kitorang actually dapat offer yg lagi murah
iaitu Rs100 je utk pony ride tp kitorng tolak.
Masa
tengah jalan kaki tu kitorang nampak dua orang budak ni kat kawasan
lapang yang tak de rumah orang pon. Aku pelik mana datang budak dua
orang ni. Aku tengok dia duk follow je kitorang. Lepas tu kitorang bagi
dia gula-gula. Aku tengok dorang ni happy giler. Lepas tu dah x follow.
Masa balik aku tengok dorang dah xde kat situ. Dah balik rumah agaknya.
Thajiwas Glacier |
Thajiwas Glacier |
Pak Cik Saddiq mintak handyplast sebab tangan die ade luka. Teruk giler luka kat tangan die. Kesian aku tengok |
Next
day kitorang sepatutnya ke Gulmarg tapi disebakan hari ni ialah 10
muharram, banyak tempat-tempat lawatan tutup sebab geng syiah sambut
perayaan ape ntah. So untuk hari ke-4 di Kashmir ni kitorang just local
sightseeing je. 1st tempat kitorang pergi ialah Badamvaer. Badamvaer ni
ialah sebuah taman jugak sebenarnnya tapi taman ni besar giler. Penat
nak jalan pusing satu taman ni. Tapi xde apa sangat pon selain bunga,
bunga dan bunga. Kitorang sempat bergambar kejap je pastu blah. Tiket
masuk sini ialah Rs20. Sini xde GST. hahaha.....
Geng awek yang macam-macam kerenah. |
Lepas
ke sini kitorang singgah di Hazrat Bal Darga. Harzat Bal Darga ni
sebuah masjid sebenarnya tapi masa kitorang pergi ni hari jumaat. So
kitorang singgah kejap je sebab risau nt jalan jem bila semua jemaah dah
datang untuk solat jumaat. Masjid ni betul-betul sebelah Dal Lake so
view kat sini cantik la jugak. Sebelah masjid ade pasar yang jual
barang-barang local. Macam pasar pagi kat Malaysia.
Lepas
ke Hazrat Bal ni kitorang ke Nishal Garden. Garden lagi. Hahaa....
Tiket garden ni termasuk GST ialah Rs24 sama ngan garden yg lain.
Typical Mughal Garden. Xde ape yang menarik pon tambah-tambah ko dah
pergi banyak garden yg lain. Kitorang just lepak je sini, solat kat
taman pastu terus ajak driver pergi Lunch. Lunch kat kedai yg sama
jugak. Kedai ni dah macam kedai panel kitorang sebab setiap kali nak
makan kitorang request dtg sini. Lepas lunch kitorang ajak driver bawak
kitorang ke tempat shopping. Tapi hari ni banyak kedai yg tutup, a few
kedai je yang buka. Tu pon banyak jugak budak-budak ni shopping. Sampai
habis duit. Hahaha....
Hari seterusnya kitorang ke Gulmarg. Gulmarg ni x jauh sangat dari Srinagar. Dalam 45km je dan 1 jam 30 minit dah sampai. Gulmarg ni time winter memang famous sebab sini tempat orang main skii. Masa kitorang sampai ni tak de salji pon. Aktiviti paling famus kat sini ialah naik gondola. Kat sini pon korang boleh naik pony jugak. Dari tempat parking kereta kena jalan lagi 1km untuk sampai ke kaunter tiket gondola. Gondola ni ada 2 phase. Tiket utk Phase 1 ialah Rs740 dan Phase 2 ialah Rs950. Tapi utk ke Phase 2 korang kena naik ke Phase 1 dulu jadi total nak ke Phase 2 ialah Rs1690. Berbaloi kalau amik ke Phase 2 sebab view kat puncak gunung ni memang lawa. Kat sini, ade kemungkinan korang boleh kena AMS (Acute Mountain Sickness) sebab ketinggian di Phase 2 ialah 14,000 kaki tinggi dari paras laut. Geng-geng perempuan semua dah pening-pening. Kitorang lepak picnic kejap je, amik gambar dan terus turun. Actually Gulmarg ni dah dekat sangat dengan Pakistan. Lagi 5km jalan kaki dah sampai sempadan Pakistan.
Hari seterusnya kitorang ke Gulmarg. Gulmarg ni x jauh sangat dari Srinagar. Dalam 45km je dan 1 jam 30 minit dah sampai. Gulmarg ni time winter memang famous sebab sini tempat orang main skii. Masa kitorang sampai ni tak de salji pon. Aktiviti paling famus kat sini ialah naik gondola. Kat sini pon korang boleh naik pony jugak. Dari tempat parking kereta kena jalan lagi 1km untuk sampai ke kaunter tiket gondola. Gondola ni ada 2 phase. Tiket utk Phase 1 ialah Rs740 dan Phase 2 ialah Rs950. Tapi utk ke Phase 2 korang kena naik ke Phase 1 dulu jadi total nak ke Phase 2 ialah Rs1690. Berbaloi kalau amik ke Phase 2 sebab view kat puncak gunung ni memang lawa. Kat sini, ade kemungkinan korang boleh kena AMS (Acute Mountain Sickness) sebab ketinggian di Phase 2 ialah 14,000 kaki tinggi dari paras laut. Geng-geng perempuan semua dah pening-pening. Kitorang lepak picnic kejap je, amik gambar dan terus turun. Actually Gulmarg ni dah dekat sangat dengan Pakistan. Lagi 5km jalan kaki dah sampai sempadan Pakistan.
Gulmarg |
Kawasan larangan. |
Berpicnic atas atas gunung. Siap bawak botol sos. Hahaha... |
Turun
je dari Gulmarg kitorang ke Jamia Masjid. Jamia Masjid ni ialah masjid
terbesar di Kashmir. Sekeliling masjid ni ade bnyak kedai yg korang
boleh shopping. Kitorang singgah sini untuk solat je lepas tu terus ke
Lal Chowk iaitu destinasi terakhir kitorang utk habiskan segala duit yg
ada. Lal Chowk ni kira macam pasar yg jual macam-macam dan barang kat
sini memang murah compare dengan tempat yg driver kitorang brenti
sebelum ni. Kalau nak shopping, aku sarankan korang simpan duit utk
shopping kat sini sebab semua benda ada dan banyak pilihan. Sebelum
balik hotel kitorang singgah makan skali kat area Lal Chowk ni. Untuk
makanan pulak, sepanjang 5 hari kat sini kitorang hanya makan kat kedai
sekali je sehari. Satu hidangan kat sini boleh share sampai 3 orang. So
kalau nak order makanan tu, ko xperlu la order banyak sangat supaya tak
membazir. Jimat pon jimat. Esoknya kitorang amik flight ke Delhi balik
sebelum balik ke Malaysia.So overall trip kat Kashmir ni memang terbaik
dan antara salah satu tempat yg aku recommend utk korang pergi.
Kalau nak download, itinerari Kashmir boleh klik SINI.
Pastu macam biasa, sila komen dulu apa-apa kat bawah ni. Cakap terima
kasih pon dah okay. Sekadar nak up traffic ke sini. Hehee.... Tapi
itinerari aku buat sebelum trip, so tak sama la macam yang aku cerita
kat atas ni.Kalau nak tahu total kos sebenar boleh klik newer post kat
bawah.
Hye
ReplyDeletehzkvjpsdvsd
Deletehye azwan
ReplyDeleteHye azwan
ReplyDeleteapa khabar
ReplyDeleteszczsdvs
ReplyDelete